
JIM tak usir Quayum hingga permohonan habeas corpus didengar
Malaysiakini | Peguam Edmund Bon memberitahu hakim bahawa notis pengusiran JIM terhadap seorang pemimpin pembangkang Bangladesh boleh dianggap sebagai menghina mahkamah. Peguam memohon mahkamah mengarahkan JIM menarik balik notis pengusiran, atau membuat aku janji untuk tidak bertindak atas perintah pengusiran itu. Tegas Bon, kebimbangan itu bukanlah sesuatu yang remeh kerana sebelum ini pernah berlaku pengusiran individu oleh pihak berkuasa ketika permohonan pembebasan yang dikemukakan di mahkamah belum diputuskan.


















