
AICHR berhimpun di Jakarta perkukuh agenda hak asasi serantau
Astro Awani | AICHR akan mengadakan Mesyuarat ke-41 dari 12 hingga 16 Mei ini yang dipengerusikan oleh Wakil Malaysia ke AICHR merangkap Pengerusi AICHR bagi tahun 2025, Edmund Bon. Kepimpinan Malaysia mencerminkan komitmen berterusan dalam memajukan promosi dan perlindungan hak asasi manusia melalui dialog serantau serta penerokaan bidang kerjasama baharu.
















