
Peguam bela Shamsul Iskandar dakwa beberapa komen awam bersifat prejudis
Harian Metro | Yusmadi Yusof, peguam bela kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd memaklumkan bahawa surat rasmi telah dihantar bagi menarik perhatian pihak Peguam Negara terhadap beberapa komen awam yang dikhuatiri boleh menjejaskan prinsip perbicaraan adil. Tertuduh juga diwakili oleh Datuk Amer Hamzah Arshad dan Joshua Tay.

