
Namewee didakwa dua kes dadah
Sinar Harian | Pemuzik kontroversi, Namewee, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan memiliki dan memberikan dadah berbahaya ke dalam badannya, dua minggu lalu. Beliau diwakili peguam, Joshua Tay. Tertuduh dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua kes dan menetapkan 18 Disember untuk laporan kimia.















