
Analisis: Pemansuhan hukuman mati mandatori cerminkan pendekatan bernuansa tangani masalah dadah
Bernama | Malaysia akan memansuhkan hukuman mati mandatori terhadap kesalahan berkaitan dadah serta kes bunuh. Sejak sekian lama, pertubuhan hak asasi manusia berhujah bahawa hukuman mati tidak berkesan sebagai pencegah jenayah. Peguam hak asasi manusia Edmund Bon berkata, jika pemansuhan hukuman mati mandatori tiada impak ke atas kadar jenayah, maka ini mewajarkan hujah mereka.
















