
2 pengasas Revenue Group buat laporan polis
The Rakyat Insight | Pengasas Revenue Group Berhad membuat laporan polis di ibu pejabat polis Sentul susulan ugutan yang diterima. Mereka diberitahu siasatan satu agensi penguatkuasa terhadap mereka boleh dihentikan sekiranya bersetuju dengan terma-terma penyelesaian kepada pertelingkahan korporat yang melibatkan mereka.