
Shamsul Iskandar mohon kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi
Harian Metro | Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memohon supaya lima tuduhan rasuah yang dihadapinya dibicarakan di Mahkamah Tinggi kerana pertuduhan terhadapnya membabitkan persoalan undang-undang dan isu yang kompleks. Beliau diwakili peguam Datuk Amer Hamzah Arshad dan Joshua Tay.


















