
Rayuan lima bekas penuntut UPNM batal selepas menarik balik permohonan itu
Berita Harian | Peguam Amer Hamzah Arshad memaklumkan, semua individu itu menarik balik rayuan berkenaan kerana ia bersifat akademik atau tidak lagi relevan kerana mereka sudah menjalani hukuman penjara sejak 2021. Amer Hamzah ketika dihubungi, mengesahkan kelima-lima lelaki itu kini fokus rayuan terhadap sabitan mengikut 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh.


















