
Shamsul Iskandar kemuka permohonan pindah pertuduhan rasuah ke Mahkamah Tinggi
Sinar Harian | Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat permohonan untuk memindahkan pertuduhan rasuah yang dihadapinya ke Mahkamah Tinggi kerana ingin membangkitkan isu berkaitan undang-undang melibatkan pertuduhan terhadapnya di peringkat Mahkamah Tinggi. Pihak pembelaan beliau termasuk Datuk Amer Hamzah Arshad dan Joshua Tay.
















