Setelah kawalan pergerakan dikuatkuasakan, tekanan ekonomi semakin dirasai dan pekerja terpaksa menerima pemotongan gaji. Terdapat syarikat yang hanya membayar 30-80% daripada gaji yang tertera di dalam kontrak. Terdapat juga yang meminta kakitangan untuk masuk berkerja mengikut aturan selang sehari.

Sebagai pekerja, apakah hak saya di bawah Akta Pekerjaan 1955?

Collective of Applied Law & Legal Realism (CALR) akan membincangkan pemecatan konstruktif, faedah penamatan kerja, skim-skim pampasan, insurans pengangguran, persetujuan penangguhan bayaran, dan penyelesaian di bawah undang-undang.

Hantarkan soalan anda secara biasa pada bila-bila masa (http://m.me/CALR3Rs) dan kami akan menjawabnya semasa sesi siaran langsung di Facebook Live pada 23 Jun 2020 (Selasa), pukul 12 tengah hari.

Anda juga boleh menghantar soalan-soalan anda secara chat apabila sesi kami sedang berlangsung.

Pautan bagi sesi siaran langsung Facebook: https://www.facebook.com/CALR3Rs/videos/3671480609536011

Jumpa anda pada 23 Jun!

AmerBON, Advocates