Industri sukan teruk dilanda wabak COVID-19. Banyak acara sukan telah ditunda atau dibatalkan. Liga Perdana Inggeris akan disambung semula pada pertengahan Jun biarpun tanpa kehadiran penonton. Orang ramai diminta mengurangkan aktiviti luar rumah. Permainan atas talian menjadi semakin popular.

Apakah masa depan dunia sukan selepas pandemik COVID-19 ini? Adakah keseimbangan dapat dicapai? Bagaimana?

Amer Hamzah, seorang atlet vegetarian yang telah memenangi pingat di beberapa maraton dan triatlon serta minat bermain luncur air, akan membincangkan isu-isu di atas. Beliau juga akan memberi petua mengenai sukan dan cara berlatih kepada kami! Dapatkan maklumat lanjut tentang Amer di sini.

Hantarkan soalan anda secara biasa pada bila-bila masa (http://m.me/CALR3Rs) dan kami di Collective of Applied Law & Legal Realism (CALR) akan menjawabnya semasa sesi siaran langsung di Facebook Live pada 2 Jun 2020 (Selasa), pukul 12 tengah hari.

Anda juga boleh menghantar soalan-soalan anda secara chat apabila sesi kami sedang berlangsung.

Pautan bagi sesi siaran langsung Facebook: https://www.facebook.com/CALR3Rs/videos/2702596790066146

Jumpa anda pada 2 Jun!

AmerBON, Advocates