Hukuman mati menimbulkan kebimbangan hak asasi manusia yang mendalam di seluruh rantau kita — daripada penggunaannya untuk kesalahan berkaitan dadah yang tidak memenuhi penanda aras “jenayah paling serius” di bawah undang-undang antarabangsa, kepada hukuman mati mandatori, perbicaraan tidak adil, akses terhad kepada penasihat undang-undang daripada penahanan, dan kekurangan penilaian-penilaian kesihatan mental. Ini bukan sekadar isu undang-undang semata-mata; ia adalah perkara-perkara keadilan, maruah dan kemanusiaan. Saya menyertai yang lain dalam menyeru semua negara yang mengekalkan hukuman mati untuk menghentikan hukuman mati sekarang dan bergerak dengan tegas ke arah pembaharuan yang bermakna. Secara khususnya, saya menyeru agar suatu moratorium serta-merta di seluruh ASEAN untuk langkah-langkah konkrit ke arah pemansuhan. ~ Edmund Bon Tai Soon
Hari ini, 10 Oktober, menandakan Hari Menentang Hukuman Mati Sedunia yang ke-23, satu inisiatif untuk merenung tentang hukuman mati dan isu hak asasi yang berkaitan dengannya. Ia juga menawarkan kita suatu peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk memperbaharui komitmen kita terhadap pemansuhannya.
Peristiwa-peristiwa baru-baru ini telah memberi dorongan baru kepada pembaharuan. Pada 8 Oktober 2025, warganegara Malaysia Pannir Selvam Pranthaman telah dihukum mati di Singapura. Dua minggu yang awal, pada 25 September, seorang lagi warganega Malaysia, Datchinamurthy a/l Kataiah, telah dihukum mati. Kedua-duanya bagi kesalahan pengedaran dadah. Kematian mereka menekankan keperluaan yang segera untuk perubahan.
Hukuman mati menimbulkan kebimbangan hak asasi manusia yang mendalam di seluruh rantau kita — daripada penggunaannya untuk kesalahan berkaitan dadah yang tidak memenuhi penanda aras “jenayah paling serius” di bawah undang-undang antarabangsa, kepada hukuman mati mandatori, perbicaraan tidak adil, akses terhad kepada penasihat undang-undang daripada penahanan, dan kekurangan penilaian-penilaian kesihatan mental. Ini bukan sekadar isu undang-undang semata-mata; ia adalah perkara-perkara keadilan, maruah dan kemanusiaan.
Angka-angka yang dikongsi di Parlimen menunjukkan bahawa Singapura bukanlah satu-satunya negara di mana rakyat Malaysia telah dijatuhi hukuman mati di ASEAN dan di Cina. Setakat Oktober 2024, seramai 74 waganegara Malaysian telah dijatuhkan hukuman mati di luar negara, iaitu di Brunei Darussalam, Cina, Indonesia, Lao PDR, Singapura, Thailand, dan Viet Nam, kebanyakannya untuk kesalahan penyeludupan dadah.
Dari segi positif, saya terdorong dengan kemajuan yang berlaku di seluruh rantau kita. Negara anggota ASEAN dan Timor-Leste berada pada tahap yang berbeza dalam perjalanan mereka ke arah pemansuhan. Timor-Leste dan Filipina telah memansuhkan hukuman tersebut untuk semua jenayah, dan, sebaliknya, dilaporkan, tiga negara telah melaksanakan hukuman mati dalam tempoh lima tahun yang lalu — Myanmar, Singapura, dan Viet Nam. Pada 25 Jun 2025, Perhimpunan Kebangsaan Viet Nam mengundi untuk memansuhkan hukuman mati bagi lapan kesalahan, termasuk pengangkutan dadah haram. Pembaharuan ini berkemungkinan besar mengurangkan penggunaan hukuman mati dalam negara. Negara-negara lain telah menjalankan suatu penangguhan dalan hukuman mati, dengan Brunei Darussalam memegang tempoh bebas pelaksanaan terpanjang (sejak 1957).
Perkembangan semasa menunjukkan bahawa apabila keazaman politik sejajar dengan prinsip, kemajuan sebenar adalah berkemungkinan. Malaysia terus menunjukkan bagaimana reformasi perundangan yang tegas boleh diterjemahkan kepada perubahan sebenar. Berikutan pemansuhan hukuman mati mandatori 2023 dan pengenalan hukuman semula, lebih 1000 hukuman mati dikurangkan. Pada 21 Julai 2025, Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Pembaharuan Institusi), mengumumkan di Parlimen bahawa moratorium hukuman mati sejak 2018 kekal dilaksanakan. Kita tidak melaksanakan hukuman mati sejak Mei 2017. Kita kini berada di landasan yang betul untuk disempurnakan pada 2027, sepuluh tahun tanpa hukuman mati, yang akan mengklasifikasikan semula Malaysia sebagai negara pemansuhan dalam amalan.
Sementara kita terus mengkaji kes-kes individu yang menunggu hukuman mati di mana sabitan dan hukuman mereka telah dikekalkan, serta dasar yang lebih luas mengenai hukuman mati, kerajaan mengekalkan moratorium perjalanan hukuman-hukuman mati semasa.
Saya menyertai yang lain dalam menyeru semua negara yang mengekalkan hukuman mati untuk menghentikan hukuman mati sekarang dan bergerak dengan tegas ke arah pembaharuan yang bermakna. Secara khususnya, saya menyeru agar suatu penangguhan rasmi serta-merta di seluruh ASEAN untuk langkah-langkah konkrit ke arah pemansuhan.
Apabila ada keazaman politik, hukuman mati boleh — dan akan — berakhir. Setiap langkah ke arah pemansuhan adalah penting. Tiada langkah yang terlalu kecil.
Edmund Bon Tai Soon ialah Pengerusi Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) dan Wakil Malaysia ke AICHR.
The English version of this press statement is accessible here.

