Oleh Pusat KOMAS


Pada 29hb November 2011, lebih daripada 1,000 rakyat telah menyertai Berjalan untuk Kebebasan (“Walk For Freedom”) yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Negara.

Demonstrasi yang diadakan ini bertujuan untuk menghantar memorandum kepada parlimen agar mempertimbangkan perubahan ke atas Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang sepatutnya memberikan ruang kebebasan untuk berkumpul secara aman kepada rakyat jelata dan bukannya mencengkam hak-hak berkumpul mereka.


Sumber: https://vimeo.com/32836751

Edmund Bon, salah seorang penganjur demonstrasi ini, berkata bahawa rakyat Malaysia telah mengatasi rasa takut untuk turun ke jalan raya. Mereka menunjukkan bahawa rang undang-undang ini adalah tidak wajar, kerana rakyat Malaysia memang dapat memprotes secara aman.