Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM) berkuat kuasa mulai 1 Jun 2020.

Pengarah, pekongsi dan kakitangan kanan yang disabit kesalahan rasuah korporat boleh dihukum penjara.

Apakah elemen-elemen kesalahan tersebut? Apakah definisi “organisasi komersial” dan “pihak bersekutu”? Apakah jenis pembelaan yang boleh sesebuah organisasi komersial bangkitkan? Secara praktikal, apakah tindakan yang harus syarikat-syarikat lakukan untuk mempertingkatkan tahap pematuhan?

Collective of Applied Law & Legal Realism (CALR) akan membincangkan isu-isu di atas dari segi implikasi perundangannya.

Hantarkan soalan anda secara biasa pada bila-bila masa (http://m.me/CALR3Rs) dan kami akan menjawabnya semasa sesi siaran langsung di Facebook Live pada 9 Jun 2020 (Selasa), pukul 12 tengah hari.

Anda juga boleh menghantar soalan-soalan anda secara chat apabila sesi kami sedang berlangsung.

Pautan bagi sesi siaran langsung Facebook: https://www.facebook.com/CALR3Rs/videos/1510321032481314/

Jumpa anda pada 9 Jun!

AmerBON, Advocates