Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan tidak mengendahkan cadangan untuk menggubal undang-undang baharu untuk menangani COVID-19, walaupun ini amat diperlukan.
Akhirnya, selepas dua bulan di bawah PKP, kerajaan telah mengumumkan bahawa rang undang-undang (RUU) yang dinanti-nantikan itu akan digubal.
Semua kementerian akan bermesyuarat pada 28 Mei untuk memulakan proses penggubalan RUU tersebut.
Namun demikian, mengapakah kerajaan lambat menggubal undang-undang untuk menangani cabaran ekonomi akibat pandemik ini? Mengapakah pakej rangsangan ekonomi tidak dibahas di Parliamen seperti di negara lain? Mengapakah bacaan kali pertama RUU dijadualkan pada bulan Julai dan bukannya secepat mungkin?
Berikutan kelulusan RUU oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, adakah sudah terlambat untuk mengurangkan kesan COVID-19?
Collective of Applied Law & Legal Realism (CALR) akan membincangkan isu-isu di atas dan menganalisis implikasinya terhadap rakyat Malaysia.
Hantar soalan anda secara biasa (http://m.me/CALR3Rs) pada bila-bila masa dan kami akan menjawabnya semasa sesi siaran langsung di Facebook Live pada 26 Mei 2020 (Selasa), pukul 12 tengah hari.
Anda juga boleh menghantar soalan-soalan anda secara chat apabila sesi kami sedang berlangsung.
Pautan bagi sesi siaran langsung Facebook: https://www.facebook.com/CALR3Rs/videos/2645057582430586/
Jumpa anda pada 26 Mei!
AmerBON, Advocates