Oleh Fahmi Zainol | Facebook


Hari ini Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Universiti Malaya tidak mematuhi prosedur tatatertib terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya yang terlibat dalam program “Pidato Umum Anwar Ibrahim: Dari Universiti Malaya Ke Penjara”. Tiga Hakim yang terlibat dalam membuat keputusan pada hari ini iaitu Y.A Datuk David Wong Dak Wah, Y.A Datuk Yaacob bin Haji Mad Sam, dan Dato’ Zabariah binti Mohd Yusof. Kesemua hakim juga mengarahkan Universiti Malaya membayar kos RM2,000. Terima kasih kepada pasukan peguam AmerBON, Advocates, Edmund Bon Tai Soon, Sin Yew, dan pihak-pihak yang menyokong dari mula hingga akhir.

Hampir tiga tahun kes ini dibawa ke Mahkamah, akhirnya keadilan memihak mahasiswa Universiti Malaya. Sejarah yang tercatat, tidak akan terpadam. Petikan keputusan Mahkamah Tinggi: (2017) 1 LNS 1467.

Student Power!!


Alasan penghakiman boleh dirujuk di sini dan sini.

Sumber: https://www.facebook.com/fahmizainol91/posts/hari-ini-di-mahkamah-rayuan-putrajaya-mengekalkan-keputusan-mahkamah-tinggi-baha/1135201806582629/. Diarkib di https://perma.cc/J79F-VEKJ