Di Malaysia, Peguam Negara (Attorney General, AG) juga bertindak sebagai Pendakwa Raya (Public Prosecutor). Kedua-dua peranan ini memusatkan kuasa di tangan seseorang individu.

Perkembangan terkini di mahkamah mengenai kes-kes rasuah telah menghidupkan semula perdebatan awam tentang peranan dan kuasa AG dan Pendakwa Raya.

AG merupakan penasihat kerajaan dalam hal-hal perundangan sementara Pendakwa Raya bertanggungjawab untuk pendakwaan pihak tertuduh. Tidaklah menghairankan bahawa tuduhan konflik kepentingan dan campur tangan politik telah timbul. Sebelum ini, Pakatan Harapan berjanji untuk memisahkan pejabat-pejabat tersebut tetapi inisiatif ini tidak menjadi kenyataan.

Mengapakah terdapat persepsi ini? Apakah peranan AG dan Pendakwa Raya? Adakah mereka patut bertindak secara bebas dan berasingan? Adakah pemusatan kuasa pada seseorang individu menjejaskan integriti kedua-dua pejabat? Adakah kedaulatan undang-undang diancam?

Collective of Applied Law & Legal Realism (CALR) akan membincangkan isu-isu di atas.

Hantarkan soalan anda secara biasa pada bila-bila masa (http://m.me/CALR3Rs) dan kami akan menjawabnya semasa sesi siaran langsung di Facebook Live pada 16 Jun 2020 (Selasa), pukul 12 tengah hari.

Anda juga boleh menghantar soalan-soalan anda secara chat apabila sesi kami sedang berlangsung.

Pautan bagi sesi siaran langsung Facebook: https://www.facebook.com/CALR3Rs/videos/614326742765490

Jumpa anda pada 16 Jun!

AmerBON, Advocates