Wang yang diubah biasanya berpunca daripada kegiatan jenayah, dan dihalalkan atau dibersihkan dalam sistem kewangan yang sah untuk mengelak daripada diketahui punca asal wang haram tersebut.

Apakah cara-cara yang digunakan untuk membersihkan wang haram? Apakah undang-undang untuk mencegah pengubahan wang haram di Malaysia? Apakah pembelaan yang boleh digunakan terhadap tuduhan pengubahan wang haram?

Collective of Applied Law & Legal Realism (CALR) akan membincangkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, dan juga isu-isu lain yang berkaitan.

Hantarkan soalan anda secara biasa pada bila-bila masa (http://m.me/CALR3Rs) dan kami akan menjawabnya semasa sesi siaran langsung di Facebook Live pada 30 Jun 2020 (Selasa), pukul 6 petang.

Anda juga boleh menghantar soalan-soalan anda secara chat apabila sesi kami sedang berlangsung.

Pautan bagi sesi siaran langsung Facebook: https://www.facebook.com/CALR3Rs/videos/266399037983120

Jumpa anda pada 30 Jun!

AmerBON, Advocates