Collective of Applied Law & Legal Realism (CALR) adalah mekanisme AmerBON untuk menyampaikan perkhidmatan percuma secara pantas.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia yang bermula pada 18 Mac telah dilanjutkan sekali lagi sepanjang 14 hari sehingga 12 Mei.

CALR akan menganjurkan satu Klinik Bantuan Guaman Sembang Borak berkenaan isu-isu semasa.

Jika anda ada soalan-soalan yang perlu dijawab, tanyalah kami. Kami akan menjawab soalan-soalan anda semasa sesi siaran langsung di Facebook Live pada 28 April 2020 (Selasa), pukul 12 tengah hari.

Hantar soalan-soalan anda ke Facebook Messenger CALR (http://m.me/CALR3Rs) sebelum sesi siaran langsung bermula.

Tidak pasti apa yang ingin ditanya? Ikutilah sesi ini. Anda boleh menghantar soalan-soalan anda secara chat semasa sesi kami sedang berlangsung.

Pautan bagi sesi siaran langsung di Facebook: https://www.facebook.com/CALR3Rs/videos/158555058908673

Jumpa anda pada 28 April!

AmerBON, Advocates