Suatu persetujuan telah dicapai untuk mengembalikan sejumlah wang bernilai jutaan ringgit dan Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Rakyat berasa marah dan kecewa. Kenapa? Bukankah ini suatu amalan yang biasa dalam system keadilan jenayah negara kita? Atau adakah sistem kita berat sebelah terhadap orang yang berpangkat?

Apakah yang boleh kerajaan lakukan untuk selamatkan ekonomi sambil melindungi hak-hak para pekerja?

Perlukah kita mempunyai perlindungan kesihatan sejagat bagi semua tanpa diskriminasi? Mengapa? Bagaimanakah kita dapat mencapai matlamat ini?

Collective of Applied Law & Legal Realism (CALR) akan membincangkan isu-isu ini dan banyak lagi!

Hantar soalan anda secara biasa (http://m.me/CALR3Rs) pada bila-bila masa dan kami akan menjawab soalan anda semasa sesi siaran langsung di Facebook Live pada 19 Mei 2020 (Selasa), pukul 12 tengah hari.

Anda juga boleh menghantar soalan-soalan anda secara chat apabila sesi kami sedang berlangsung.

Pautan bagi sesi siaran langsung Facebook: https://www.facebook.com/CALR3Rs/videos/539863340024866/

Jumpa anda pada 19 Mei!

AmerBON, Advocates