Pada 14 September 2021, satu catatan media sosial bertajuk “‘Bukan Islam tak perlu patuh pada titah Raja’ — Peguam Edmund Bon” telah muncul di dua halaman Facebook. Satu catatan dimuat naik pada jam 8.45 malam dan satu lagi pada 8.52 malam. Kandungan kedua-dua catatan tersebut adalah sama, dan ianya kemudian diedarkan dalam kumpulan-kumpulan sembang WhatsApp, antara yang lain.
Catatan-catatan tersebut nampaknya telah disalin daripada satu catatan yang diterbit pada 13 September 2014 di halaman Facebook yang lain.
Kesemua catatan-catatan tersebut memetik sebagai sumbernya satu artikel oleh The Malaysian Insider (TMI) yang diterbit pada 20 Januari 2014. Portal TMI kini tidak lagi beroperasi; justeru, pautan kepada artikel TMI tidak berupaya diakses oleh seseorang untuk mengesahkan kesahihan kandungan dalam catatan-catatan tersebut.
Walaubagaimanapun, semakan mendedahkan bahawa artikel tersebut masih berada di Yahoo! News.
Catatan-catatan Facebook tersebut mengaitkan beberapa pernyataan terhadap Edmund Bon kami. Satu pernyataan telah secara salah mengaitkan Edmund kerana beliau tidak membuat pernyataan sedemikian, dan satu lagi pernyataan telah diambil di luar konteks.
Perbandingan di antara pernyataan sebenar yang diberi kepada TMI, serta teras artikel TMI, dengan catatan-catatan Facebook tersebut akan memaparkan apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Edmund, dan menunjukkan percubaan yang tidak beretika untuk memutarbelitkan kandungan artikel TMI.
Edmund hanya berkongsi pendapat beliau berkenaan kebolehlaksanaan fatwa-fatwa terhadap orang bukan Islam, seperti yang ditafsirkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Sulaiman Takrib pada tahun 2009.
Pihak polis telah menyiasat artikel TMI pada 2014, dan tiada tindakan lanjut telah diambil sejak itu.
Catatan-catatan ini yang diterbitkan semula selepas tujuh tahun adalah berniat untuk memprovokasi dan/atau mengelirukan para pembacanya. Penerbit-penerbit ingin menghasut rasa benci.
Laporan telah dibuat kepada Facebook untuk tindakan diambil terhadap catatan-catatan tersebut.
Kami menasihat agar semua orang berhenti mengedarkan catatan-catatan tersebut dan kandungannya. Jika ia dikongsikan dengan anda, sila laporkannya kepada platform di mana ia dihoskan.
AmerBON, Advocates
English translation:
Do not be provoked or misled by inciteful Facebook post about a 2014 matter that has been settled
On 14 September 2021, a social media post titled “‘Bukan Islam tak perlu patuh pada titah Raja’ — Peguam Edmund Bon” appeared on two Facebook pages. One post was uploaded at 8.45pm and another at 8.52pm. The contents of both the posts were the same, and they were subsequently circulated on WhatsApp chat groups, among others.
The posts appeared to have been copied from a post published on 13 September 2014 on another Facebook page.
All the posts cited as their source an article by The Malaysian Insider (TMI) published on 20 January 2014. TMI’s portal is now defunct; therefore, one would not be able to access the link to TMI’s article to verify the claims in the posts.
However, checks reveal that the article is still available on Yahoo! News.
The Facebook posts attributed certain statements to our Edmund Bon. One statement was wrongly attributed to Edmund as he did not make it, while another statement was taken out of context.
Comparing the actual statements given to TMI, and the thrust of TMI’s article, with the Facebook posts will bear out what Edmund actually meant, and cut through the unethical efforts to distort the TMI article’s contents.
Edmund was merely sharing his view on the applicability of fatwas to non-Muslims as interpreted by the Federal Court in the 2009 Sulaiman Takrib case.
The police investigated the TMI article in 2014, and no further action has been taken since.
These posts re-published seven years later were meant to provoke and/or mislead their readers. The publishers wanted to incite hate.
Reports have been made to Facebook for action to be taken against the posts.
We advise everyone to stop circulating the posts and contents of the same. Should they cross your path, do report them to the platform where they are hosted.
AmerBON, Advocates
Di sini artikel asal TMI dalam Bahasa Inggeris. Liputan berita mengenai isu ini pada tahun 2014 boleh dilayari di sini dan sini. Di bawah ialah wawancara KiniTV dengan Amer Hamzah Arshad and Edmund Bon berkenaan siasatan polis pada masa itu.
Here is the original TMI article in English. News coverage on this issue in 2014 can be accessed here and here. Below is KiniTV’s interview with Amer Hamzah Arshad and Edmund Bon regarding the police investigation at that time.