Ribuan berhimpun bantah Bil Perhimpunan Aman
Malaysiakini | Laporan langsung semasa perarakan “Walk for Freedom” yang menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen untuk meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman. Peguam Edmund Bon mengetuai orang ramai sambil melaungkan “Bebas, bebas, bebas himpun, bebas rakyat.”