Serbuan KDN rampas jam Swatch langgar undang-undang, kata peguam
Malaysiakini | Peguam New Sin Yew mengkritik serbuan Kementerian Dalam Negeri terhadap produk jam Swatch. Dia berkata, menteri dalam negeri perlu terlebih dahulu membuat perintah bahawa Swatch Pride Collection adalah “Penerbitan Larangan”. Penerbitan Larangan bermaksud penerbitan yang menjejaskan ketenteraman awam, moral, keselamatan, kepentingan awam atau negara.