Oleh The Corporate Secret


Revenue Group Bhd co-founders Ng Shih Fang (left) and Shih Chiow at the Kuala Lumpur sessions court today. — FREE MALAYSIA TODAY

Pengasas bersama Revenue Group Bhd Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang yang didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini mengaku tidak bersalah di atas tuduhan menipu menyebabkan seorang kakitangan bank melupuskan kenderaan milik syarikat itu tanpa resolusi daripada lembaga pengarahnya.

Di dalam pertuduhan yang dibacakan kepada mereka itu, adik-beradik itu bagi mencapai niat bersama, didakwa mengelirukan dan secara curang menyebabkan seorang pegawai CIMB Bank Bhd melupuskan harta syarikat, iaitu Toyota Vellfire, pada 3 Okt, 2018.

Pertuduhan selanjutnya menyatakan bahawa adik-beradik itu didakwa telah mendaftarkan kereta itu di bawah nama Dino tanpa resolusi Lembaga pengarah.

Pertuduhan itu dibuat  mengikut seksyen 403 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Jika didapati bersalah, kedua-dua mereka boleh berdepan hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun, dengan sebat, dan juga boleh didenda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raya Low Chin How, manakala kedua-dua mereka diwakili bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Amer Hamzah Arshad.

DPP kemudiannya meminta ikat jamin RM20,000 setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan pasport mereka diserahkan oleh mahkamah.

Bagaimanapun, Hamzah membantah jumlah itu dan meminta mereka dibebaskan dengan bon peribadi.

“Ini kerana ini bukan satu kesalahan dan apa yang sebenarnya berlaku ialah adalah pertikaian korporat yang berterusan antara ahli lembaga yang berpecah dalam dua kem berasingan,” katanya.

Dia juga merujuk kepada kumpulan yang dipanggil “mafia korporat” ini yang didakwa merancang  mengusai saham syarikat itu, yang menjadi sebab saudara-saudara itu didakwa.

“Walaupun media melaporkan berita mengenai ‘mafia korporat’ yang melakukan pengambilalihan tersebut menyebabkan mereka (kedua-dua beradik) diserang,” kata Hamzah.

Hamzah juga mendakwa kumpulan mafia korporat itu juga telah telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah untuk menentang kedua beradik itu.

Namun hakim berkata itu adalah dakwaan semata-mata kerana tidak ada afidafit yang difailkan ataupun laporan kepada polis mengenai perkara itu.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 14 April depan untuk sebutan semula kes.


Sumber: https://thecorporatesecret.com/blog/2023/03/14/seperti-dijangka-kedua-beradik-pengasas-revenue-didakwa/