Oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


Hari ini, Encik Edmund Bon Tai Soon, wakil ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR) Malaysia merangkap Pengerusi AICHR telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sebagai Wakil (Hak Wanita) ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children (ACWC) Malaysia dan YBrs. Puan Wan Noraidah binti Wan Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai Wakil (Hak Kanak-kanak) ACWC Malaysia merangkap bakal Pengerusi ACWC.

Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk meneroka peluang kerjasama di antara ACWC dan AICHR. KPWKM mengalu-alukan kerjasama merentas tonggak terutamanya semasa tahun Kepengerusian ASEAN 2025.

Kedua-dua pihak telah berbincang dan berkongsi pandangan mengenai inisiatif dan program-program yang akan dilaksanakan oleh AICHR dan KPWKM sebagai focal point Senior Officials Meeting on Social Welfare and Development (SOMSWD), ASEAN Committee on Women (ACW) dan ACWC.

Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat ini ialah YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM, YBrs. Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan wakil-wakil daripada Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Bahagian Hubungan Antarabangsa, JPW dan JKM.


Sumber: https://www.kpwkm.gov.my/portal-main/photo-gallery-details?id=kunjungan%20hormat%20oleh%20en.%20edmund%20bon%20tai%20soon,%20wakil%20asean%20intergovernmental%20commission%20on%20human%20rights%20(aichr)%20malaysia%20merangkap%20pengerusi%20aichr. Diarkibkan di https://perma.cc/2HRM-CAXJ