Oleh Kementerian Luar Negeri


Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan Program Seranta dan Diplomasi Awam Bersama YB Menteri Luar Negeri pada 6-7 Mac 2015 di Kompleks Dewan Kuliah Ke-2, Universiti Malaysia Sabah. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia dan memperjelaskan isu kedudukan Sabah dalam Malaysia. Program dua hari ini dimulai dengan forum Penglibatan Belia dalam Pertubuhan ASEAN sempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2015 pada 6 Mac 2015. Forum dihadiri oleh 2,000 orang pelajar univerisiti. Forum Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963 diadakan pada 7 Mac 2015 dengan penyampaian ucaptama oleh YB Dato’ Sri Anifah Hj. Aman, Menteri Luar Negeri. Seramai 5,000 pelajar hadir ke forum tersebut.


Peguam Edmund Bon dijemput untuk menyertai barisan panel forum ini.

Sumber: https://www.facebook.com/pg/MOFAMalaysia/photos/?tab=album&album_id=803697813054551