Sidang Parlimen di bulan Mei akan berlangsung selama sehari sahaja. Apakah kesannya kepada kita sebagai rakyat?

Sekatan jalan raya polis telah menjadi kejadian biasa sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Apakah yang boleh atau tidak boleh dilakukan oleh pihak polis semasa sekatan jalan raya?

Kita sedang berhadapan dengan wabak COVID-19. Adakah anda mempunyai hak kepada kesihatan di bawah Perlembagaan Persekutuan kita?

Collective of Applied Law & Legal Realism (CALR) akan menganjurkan Klinik Bantuan Guaman Sembang Borak yang ketiga untuk membincangkan isu-isu di atas dan sebagainya.

Hantar soalan anda ke Facebook Messenger CALR (http://m.me/CALR3Rs) pada bila-bila masa dan kami akan menjawab anda semasa sesi siaran langsung di Facebook Live pada 12 Mei 2020 (Selasa), pukul 12 tengah hari.

Anda juga boleh menghantar soalan-soalan anda secara chat apabila sesi kami sedang berlangsung.

Pautan bagi sesi siaran langsung Facebook: https://www.facebook.com/CALR3Rs/videos/243210183439911/

Jumpa anda pada 12 Mei!

AmerBON, Advocates