Kami mewakili Jasmine Loo.

Anak guam kami telah menyerahkan diri kepada pihak berkuasa Malaysia baru-baru ini. Beliau telah ditangkap, direman dan kini berada dalam tahanan.

Keutamaan anak guam kami adalah untuk bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dalam siasatan 1MDB yang sedang berjalan, dan untuk memudahkan serta membantu kerajaan Malaysia mempercepatkan usaha-usaha mendapatkan kembali aset-aset negara. Beliau juga mahu bersatu semula dengan keluarganya secepat mungkin.

Anak guam kami sentiasa menganggap Malaysia sebagai rumahnya. Beliau akan, apabila sesuai, mendedahkan fakta-fakta dan keadaan berkenaan tempoh masa beliau sewaktu berada di luar Malaysia.

Anak guam kami mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap sistem kehakiman dan perundangan Malaysia dan akan menghadapi perkara-perkara yang akan datang. Beliau memohon untuk diberikan privasi dan ruang untuk melakukan apa yang diperlukan pada ketika ini.

Sebagai rekod, Jasmine hanya melantik AmerBON, Advocates sahaja sebagai wakil guaman beliau yang sah. Sebarang pertanyaan hendaklah ditujukan kepada pihak kami.

Amer Hamzah Arshad dan Edmund Bon Tai Soon
AmerBON, Advocates