14 Nov, 2017

Myanmar perlu benarkan campur tangan AICHR dan AHA Centre – Edmund

Siti Nursyazwani


 

Menurut wakil AICHR Malaysia, Edmund Bon berkata siasatan harus dijalankan terhadap pelaku yang bertanggungjawab terhadap jenayah perang dan jenayah menentang kemanusiaan terhadap etnik Rohingya di negara itu.

 

KUALA LUMPUR : Myanmar harus secara sukarela membenarkan ASEAN campur tangan berhubung dakwaan melakukan genosid terhadap etnik Rohingya melalui Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) dan Bantuan Kemanusiaan (AHA Centre).

Menurut wakil AICHR Malaysia, Edmund Bon berkata siasatan harus dijalankan terhadap pelaku yang bertanggungjawab terhadap jenayah perang dan jenayah menentang kemanusiaan terhadap etnik Rohingya di negara itu.

“Pendakwa raya dan pihak mahkahmah di Myanmar harus memulakan penyiasatan dan mengheret mereka yang bersalah dalam perbicaraan.

“Campur tangan AICHR dan AHA Centre menjalankan misi mencari fakta, menilai keperluan yang diperlukan dan memberikan bantuan secara langsung kepada mereka yang teraniaya,” katanya ketika dihubungi ASTRO Awani.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Manila pada Ahad untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan Sidang Kemuncak berkaitan.

Sebelum ini kerajaan Myanmar didapati bersalah atas dakwaan melakukan genosid, jenayah perang dan jenayah menentang kemanusiaan terhadap etnik Rohingya di negara itu.

After you have typed in some text, hit ENTER to start searching...